Bahayanya sihir…
Di tengah-tengah kemajuan masyarakat Malaysia ini , ada juga yang berfikiran primitif menterjemah perasaan sakit hatinya dalam bentuk mengenakan orang , dalam bentuk sesuatu yang diluar kawalan kita .
Sihir.. dalam masyarakat melayu kita masih lagi ada pengamal-pengamal ilmu yang tak betul ini . Tidak dapat dinafikan sihir digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat, niat atau sebagainya dengan bantuan selain dari Allah . Dengan bantuan Jin, iblis dan seumpama dengannya.
Si mangsa tidak akan sedar apa yang berlaku terhadap dirinya. Begitulah perkara yang terjadi pada ku . Selama ini , sehinggalah aku jumpa Ustz Harun Din, yang mengatakan aku telah lama disihir.
Dan yang lebih memilukan sihir itu datangnya dari kerabat-kerabat aku . Dan ditujukan kepada semua ahli keluarga aku . Sihir berkenaan telah berjaya kena terhadap aku , ayah aku dan ibu. Alangkah sedihnya … mengapa saudara sendiri yang melakukan berkenaan padahal selama ini aku tidak masuk campur urusan mereka . Dan tidak pernah ambik tahu ..Tapi takpelah mungkin ada hikmah kenapa Allah izinkan sihir itu berlaku terhadap aku khususya dan keluarga aku amnya.
Dan inilah jawapan terhadap perkara-perkara yang sememangnya aku tak sangka aku buat . Itu yang menjengkelkan aku kerana saban waktu kehidupan aku sering saja ada masalah , bila aku gembira dan tiba-tiba aku akan derita. Bila aku bahagia tiba-tiba aku sendiri yang buat derita . Aku jadi pemarah , cepat berkecil hati, tidak setia terhadap kekasihku . Tidak tetap penderian. Senang diajak buat kejahatan .Walaupun sebenarnya hatiku semacam tidak mahu .Tetapi ada kuasa seperti yang tidak dapat ku tolak.Aku lemah semangat, cepat berputus asa dan sebagainya yang teruk dan buruk .Aku suka menurut nafsu seolah-olah tak boleh nak kawal.
Dan hasil daripada aku berubat , 2 helai rambut yang panjang keluar dari lubung telinga ku , aku muntah kaca berdarah, telur busuk .Aku terperanjat … aku tidak sedar yang aku disihir sebegini teruk dan sebegini lamanya .
Rupanya kisah sebelum arwah atuk ku meninggal, dia tidak puas hati dengan aku, aku berbalah dengan atuk aku . Dialah yang telah membuat aku begini . Alhamdulillah selamatlah dia dah lama meninggal . Aku tidak pernah melawat langsung kuburnya . Begitu sekali aku dikenakan. Dan 4 atau 5 tahun atuk aku meninggal , selama itu jugaklah aku “sakit” sebenarnya . Aku jadi macam malu nak bercampur orang , rendah diri dan segala-galanya .
Patutlah ibu bapa ku sering sakit , walaupun dah berkali-kali aku bawa ke hospital , hasil pemeriksaan doktor kata semuanya normal . Aku pun agak pelik .
Padahal seusia muda ku , aku aktif bercampur orang ketika aku bersekolah di SMK Kundang Ulu dulu . Tinggal rumah orang . Aku campur dengan orang kampung Di parit raja Baruh , Bukit Rahmat, Parit Medan. Setiap Yasinan, setiap kenduri aku pergi .
Sekarang alhamdulillah , walaupun aku masih agak lemah kerana “benda” itu telah duk lama di badan aku . Aku agak lapang hati .Dan Insya Allah aku akan suruh mak dan ayah aku pi berubat ,kerana aku yakin mak dan ayah aku memang “sakit” selama ini.
Tidak mengapalah , walaupun kekasihku pergi menjauhkan diri dari aku kerana banyak kali terluka sehinggalah hati dia keras. Itu mungkin dah ditakdirkan , sayang hampir-hampir nak bertunang . Aku reda diatas ketentuan ilahi . Walau apa pun aku tetap menanti dan tidak putus-putus berdoa .Kerana mungkin Allah nak melihat sejauh manakah imanku , sejauh manakah kesabaranku terhadap dugaan. Allah nak lebih sayangkan aku , dan nak aku sentiasa dekat denganNYA. Aku tak boleh salahkan sihir jugak , mungkin aku juga cuai sehinggakan aku boleh tak sedar yang aku disihirkan . Sikap aku yang tidak percaya terhadap perkara-perkara ghaib ini .
Ketahuilah sayangku , semua yang berlaku bukanlah di bawah kawalan aku . Inilah yang sebenarnya aku nak bagitahu terhadap kekasihku yang menjauh daripada ku . Tetapi dia enggan nak mendengarnya .Yelah bertahun tahun dia terluka …
Aku tetap berdoa, moga tabahkan hati aku untuk menempuh kehidupan yang seterusnya dikembalikan segala nikmat-nikmat ku yang telah hilang , diberi peluang oleh Allah untuk bersama kembali dengan kekasihku . Dan memohon kepada Allah semoga aku, keluarga sentiasa dilindungi Allah dari perasaan hasad dengki orang , sihir , fitnah .
Biarlah aku hanya kerani di Pusat Serenti , tidak berjawatan tinggi, tetapi dikurniakan lapang hati , kebahagiaan dunia dan akhirat. Itu sahaja yang sentiasa aku pohon .

ya allah..abg kene sihir ke???teruknya…
hope abg dah sembuh dah skunk yeh…
duggan allah toks abg..kuatkan semangat taw…
semua berlaku atas kehendak nya….ada hikmatnya
fikir positif dan tabahkan ati yeh abg…
along doakan semuanya kembali pulih…
~ameen~
ok my cousin …. tq … Hm.. nampak gayanya abang memang kena tabah …. So dah buat keputusan .. nak sambung degree atau sayback kerja dulu?