Semalam , aku keseorangan saja kat rumah tidak buat apa-apa. Tiba-tiba member aku datang . Dia ajak aku pergi rumah tok dia .Tolong tok dia dirikan khemah untuk majlis perkahwinan anak tiri tok dia. Jadi aku pun bersetuju , aku tahu dia cuba nak hiburkan hati aku. Yelah aku sedar sejak dua menjak nie , aku jarang tersenyum , banyak terperap kat bilik dengan laptop aku jerk.

Aku , Syah dan Haizan ( member yang ajak aku pi tu) bertolaklah dari Kulim pergi ke rumah dia di Malah ( berdekatan dengan Air Terjun Bukit Hijau). Kami pergi dengan menaiki kereta kancil kawan aku. Sampai jer kat rumah dia , aku terus melenakan diri .Kerana aku tak berapa sihat sebenarnya. Punyalah sedap tidor, ditambah dengan rumah kampung dan waktu hujan pulak itu .Adalah sejam aku terlena.

Aku bangun dan teruskan perjalanan ke kampung tok dia . Kampung tok dia terletak ditepi lebuhraya Kulim-Kota Bharu . Sekarang nie kalau dari Kedah nak pi Kelantan ada jalan baru . Memang dekat 3 jam sahaja dah sampai Kota Bharu .

Kami pun sampai agak lewat petang jugaklah, tolong pasang kain kanvas, ikat dan selenggarakan lampu untuk rewang esoknya.

Banyak sangat pokok buah-buahan . Ada jambu manis, dukong , rambutan . Aku masih takde selera lagi nak makan .Walaupun aku tahu itu buah buahan favourate aku .

Tengah -tengah aku tolong mereka ( apa yang termampu itu) aku terlihat seekor lembu jantan muda yang ditambat . Aku memang sukakan binatang . Maka aku pergilah ketempat lembu tersebut . Memang dia agak liar ,dia nak tanduk tanduk aku . Aku tak takut , kerana entah mengapa hati aku tenanglah melihat dia .Aku usaplah ..hidung dia ..kepala dia .

Dsc04381

Dsc04384

Dsc04382

Dsc04387

Dalam hati aku , kan bagus kalau-kalau aku tak fikirkan masalah yang menimpa aku ini . Agak lama juga aku membelai lembu tersebut , bagi dia makan rumput yang telah disediakan oleh pak su kawan aku .Siap bergambar lagi . Tapi sayang , lembu ini akan dikorbankan untuk majlis kenduri nanti . Comfirm aku tak makan punya , sebab aku memang kesian dan tak sampai hati . Dari segi kesihatan lembu tersebut, memang nampak sihat dan bersih badannya .Aku dibagitahu oleh Pak Su kawan aku , harga lembu tersebut RM 1,700.

Maghrib menjelma, aku pun solat. Kemudian , kami bertolak ke Kolam Air Panas Lenggong , Baling .Kira-kira 90KM jauhnya.

Kami sampai pukul 11.00 mlm . Memang best tempat itu , dari jauh dah tengok kepulan wap air meluap-luap . Kat sana ada 4 kolam. Kolan 1 janganlah masuk ( tiada orang masuk mandi) kerana terlalu panas. Aku cuba cecah kaki kat kolan itu , mak ai …tak boleh tahan panasnya . Lagi panas dari Kolam Air Panas Gersik , Muar Johor.

Kami ambik keputusan duk beremdam di Kolan 3 , pada mulanya aku tak boleh nak masuk keseluruhan badan .Namun setelah 10 minit aku cuba, boleh akhirnya . Aku buat terapi pemulihan sendiri . Aku tenggelam kesemua badan termasuk kepala ku .Dan menahan nafas selama-lamanya dan berdiam diri . Aku pelik …aku seolah-olah tak lemas..walaupun agak lama aku tahan nafas .Kira-kira 2 minit lebih .

Aku lupakan kejap masalah aku dengan orang yang tersayang . Aku memang menjadi tenang . Bangun dari itu , aku berpeluh-peluh dan aku sendawa punyalah banyak . Sehinggakan aku diperhatikan oleh orang sekeliling.

Kira-kira 3 jam kami berada disitu . Pukul 2 pagi , kami pun balik ke kulim . Perjalanan pulang mengambil masa sejam . Apabila balik , aku bukalah laptop aku biarlah laptop aku run program muzik dan aku pun tidur dengan nyeyaknya .

Sebelum tidur, aku solat dan berdoa moga segala-gala seperti sedia kala. Ameen …Ku Merindu

Tinggalkan jawapan