Naufara & Farhana

Ogos 20, 2008

” Siti Farhana Binti Ahmad”?. Suara perempuan garau memanggil nama tersebut berulang-ulang kali dihadapan kelas. Tapi tiada satu sahutan pemunya nama tersebut.

“Ana!, Itu nama kau itu ?. Oh yeke. Saya cikgu , saya !. Hish , kenapa dengan awak nie, penat menjerih saya panggil kamu . Maafkan saya cikgu . Nah ambil surat ini dan serahkan kepada ibu dan bapa kamu yer.

Surat, ? Surat untuk ibubapa ku ?..Tidak mengapalah .

Hai ? menung jauh anak papa nie , menung kat siapa tu , buah hati ke , buah kelapa itu . Papa panggil banyak kali dah , tak nyaut pun .

Eh papa? , tak perasan lah . Tak de menung pape pa!. Meh pa , kita balik . Kejap . Pa cium dulu pipi ana. Hish hidung tetap kembang .

Itulah pujian yang sering aku dapat dari papa . Insan yang membesarkan aku sehinggalah aku bergelar pra-universiti disini.

Ana nak makan , ? Kita nak makan mana?. Sapaan papaku . Kita makan dimana-manalah papa. Kita makan mee rebus nak , kat Kg Jawa. Aku mengangguk tanda setuju.

Kami pun melabuhkan punggung di warung mamak , memang dari sejak dulu lagi aku dengan papa suka bertandang disitu . Cuma hujung minggu sahaja , kami makan di rumah kerana , papaku tidak bekerja dan kami dua beranak akan tolong menolong masak apa yang patut .

Di kejauhan aku terlihat , papaku merenung wajahku dan kemudian dia tersenyum .

Pa?, kalau ana tanya , pa marah tak ?. Tak, nak! Tanyalah . Pa..ana nak jumpa kakak boleh tak pa?.Aku mengharap respon dari ayahku .

Ana!, pa bukan tak bagi nak ? Tapi sehingga sekarang pun pa tak tahu kemanakah kakak dan mama pergi ?.Dahlah ana, kalau ada rezeki kita dapat berjumpa ana. Tapi buat masa sekarang nie, tak perlulah dulu .Mungkin Allah belum mengizinkan kita berjumpa nak!

Tapi pa?.

Dah takde tapi-tapi lagi , Pa ada dekat dengan ana, pa tak pernah abaikan ana dari kecil sampaikan sekarang . Pa tak nak dituduh oleh orang lain , yang pa nie tak bertanggungjawab , kaki perempuan , curang dan lain-lain lagi . Cukuplah ana, pa ada ana, analah kesayangan papa. Dah le yerk kita makan yerk . Lepas ini pa hantar ana pulang dan pa pi pejabat balik

.

Ana tidak berkata apa-apa . berkali kali permintaannya di nafikan . Ahmad perasaan yang anak dia saban waktu memikirkan kerinduannya terhadap ibu dan kakak dia . Namun ada sesuatu yang menyebabkan dia tidak boleh menunaikan permintaan anaknya itu . Ana sayu hati melihat keadaan papa. Papa semacam dulu , hidup berseorangan sejak kami berpisah dengan mama. Aku teringat sewaktu kecil , mama dan papa bergaduh besar dan berkeras berhari-hari lamanya untuk minta ditinggalkan . Entah aku kurang mengerti di kala itu mengapa papa dan mama yang menyayangi aku dan kakak sepenuh hatinya, tiba-tiba saling benci membenci antara satu sama lain . Saban waktu aku terdengar herdikkan mereka berdua .

” Kalau abang dah gatal sangat dengan perempuan itu , pergilah tinggalkan Fida disini .”

“Ya Allah sudahlah , tiada siapa yang gatal , jangan diikutkan perasaan , Nora itu hanya kawan abang sahaja .”

“Dahlah abang, dulu Piah, Mira dan sekarang Nora, Abang tinggalkan saya, lepas ini abang nak dengan siapa pun tiada kaitan dengan saya.”

Itulah Senikata mama dan papa sewaktu bermulanya kami berpisah .Perhubungan papa mama tidak dapat diselamatkan lagi . Papa membawa diri dan aku terpaksa mengikutnya kerana aku tidak sanggup berpisah dengan papaku . Itulah pilihan yang ku buat .

Fara?..Meh makan dulu , nak pergi mana itu ?.

Fara nak ke bandar kejap , beli buku dengan kawan-kawan .

Balik cepat yerk , jangan melencong mana-mana. Hai budak-budak yana. Tengoklah makin hari makin susah aku nak controlnya .

Sabarlah Fida , dah memang macam nie ditakdirkan , kita harus terima jerlah . Takde langsung berita ke dari bekas laki kau ?.Entahlah takde nampaknya .

Tak perlulah ditanya , dia sedang bahagia dengan perempuan itu .

Betulke bekas laki kau itu , menikah dengan perempuan itu .

Aku pasti , kan dia tergila-gilakan perempuan itu .!

Itulah kata-kata Fida ,bila Yana menanyakan pasal bekas laki dia . Mahligai yang dibina dengan Ahmad tidak sampai 5 tahun berkecai begitu sahaja. Dia kini terpaksa berperang dengan perasaan berpisah dengan salah seorang cahaya kembarnya . Ahmad yang curang ditolak terus dari hidupnya, agar hatinya tidak disakiti lagi . Dia menutup terus pintunya terhadap Ahmad yang tidak pernah setia kepadanya .

Bagi dia , dia boleh hidup tanpa laki , boleh survive dengan kehidupan dia sendiri , acuan sendiri . Tidak perlu memikirkan hati dan perasaan lelaki . Tidak perlu lagi untuk mewujudkan kesetiaan terhadap insan yang bergelar lelaki .Itulah keputusan yang dibuat setelah 19tahun lamanya dan dia tidak pernah menyesal . Dia sudah bekerjaya dan cemerlang dalam hidup sebagai wanita korporat yang maju dan juga ibu tunggal. Dia tidak perlukan lelaki .Lelaki merugikan hidup dia , lelaki tidak menghargainya.

Tinggalkan jawapan